Sunday, March 25, 2012

"Peewit"

Selepas kelas di kampus, saya terus ke pekan Tanjong Malim. Suasana ketika itu agak sesak berbanding selalu. saya masuk ke sebuah kedai yang menjual cenderamata dan hadiah. Ketika sedang membelek sesuatu, saya  terdengar bunyi "peewit" yang dibuat oleh beberapa orang remaja lelaki yang sedang berada di dalam sebuah lori. Mereka memberhentikan lori di hadapan kedai tersebut dan cuba untuk menarik perhatian seorang remaja perempuan yang bekerja di kedai itu.  kata " peewit" sememangnya sudah sinonim dalam kalangan masyarakat remaja.  Remaja menggunakannya bertujuan untuk mendapat perhatian orang sekeliling. 


komen:
Pada pendapat saya, mereka tidak harus bersikap demikian. Kelakuan mereka dilihat kurang sopan oleh masyarakat sekeliling. Kelakuan mereka juga hampir mengundang kesesakan dan kemalangan jalan raya kerana tindakan mereka menghentikan kenderaan di jalan raya adalah salah. Mereka juga bertindak tanpa memikirkan keselamatan orang awam yang lain. Mereka seharusnya bersopan menyapa orang sekeliling dan tidak menggunakan bahasa " peewit".




No comments:

Post a Comment