Sunday, March 18, 2012

Jati Diri Saya

Saya berasal daripada Besut. Saya merupakan anak jati Terengganu. Walaupun saya belajar di Tanjong Malim, Perak, saya masih menggunakan dialek semasa bertutur dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun saya bertutur dalam dialek daerah saya, hal ini tidak bermakna saya tidak faham akan dialek negeri lain. Saya tetap berbangga menjadi anak jati Terengganu kerana dialeknya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun kadang-kala terdapat pihak yang mentertawakan dialek daerah saya kerana bagi mereka terdapat sesetengah perkataan dan bunyinya yang begitu lucu. Namun saya tidak mudah terasa hati kerana saya tahu dialek saya adalah yang terbaik. Negeri Terengganu  mempunyai lagunya yang tersendiri. Misalnya Lagu Negeri, ganu kite dan lain lagi.

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan  Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Komen:
Oleh itu sebagai masyarakat dalam sesuatu negeri, kita mestilah berbangga dengan dialek negeri kita sendiri. Walaupun kita berada di mana sahaja, jangan sesekali kita lupa akan jati diri kita sendiri. Ke mana kita pergi, ke tempat asal juga kita akan pulang.

No comments:

Post a Comment