Sunday, March 11, 2012

KENANGAN DULU-DULU


Zaman sekolah menengah terlakar kembali dalam ingatan. Cikgu pernah memberi kami peluang untuk menguruskan sebuah program. Program itu adalah ‘ Majlis hari anugerah kecemerlangan akademik sekolah’. Pada mulanya, kami teragak-agak untuk menerima tugas dan tangungjawab ini. Cikgu menasihati kami menerima tangungjawab ini sebagai satu cabaran yang positif. Cikgu mahu kami belajar sesuatu daripada program ini. Beberapa pekara dijalankan sebelum program bermula. Saya telah dilantik sebagai pengerusi majlis untuk program tersebut. Cikgu banyak memberi tunjuk ajar kepada saya berkenaan teks ucapan majlis program ini. Jadi untuk entri kali ini adalah berkisar pada memori zaman sekolah dahulu dan  perkongsian teks yang saya hasilkan. Sedikit petikan teks tersebut, saya paparkan untuk sahabat blogger saya. Hehehe

Mengumumkan ketibaan pegawai pendidikan daerah Kuala Terengganu, Puan Hafisah binti Aziz, guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung (SMKBP), Puan Hajah zainab binti  Abdullah, dan pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Encik Zulkifli bin Salleh. Semua hadirin dijemput berdiri.
Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Terengganu, dan lagu sekolah diiringi dengan muzik.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
            Assalamualiakumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Puan Hafisah binti Aziz, Yang berusaha guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung,Puan Hajah Zainab binti Abdullah ,Yang Dihormati guru penolong kanan, Puan Hanani binti Ali, guru penolong kanan ko-kurikulum, Encik Yusoff bin Haji Kamal, pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Encik Zulkifli bin Salleh,guru-guru, para ibu bapa, dan murid-murid sekalian.


Entri saya diatas, menyimpulkan bahawa terdapat rumus perurutan dalam sebuah teks ucapan majlis. Dalam rumus perurutan, terdapat susunan kata-kata sapaan yang dimulai dengan rujukan kehormat kepada gelaran yang disandang dan selepas itu nama peribadi yang disapa. Sekiranya terdapat lebih daripada satu gelaran, maka perlu diikuti kaedah biasa yang digunakan. Antara rumus perurutan yang terlibat dalam teks ucapan diatas ialah,;

PIHAK TERLIBAT
KATA SAPAAN
Pengerusi / pengacara majlis
Yang Dihormati / yang Mulia
Tuan Pengarah/Ketua Jabatan/ Guru Besar
Yang Berusaha
GolonganKehormat
Yang Berbahagia
Guru-guru / ibu bapa
Yang Dihormati
Rakan-rakan
Yang Dikasihi



No comments:

Post a Comment