Sunday, March 11, 2012

PENCAMPURAN KOD

Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana di sini terdapat pelbagai  etnik  seperti  Melayu, Cina, dan India dan beberapa kumpulan minoriti misalnya suku-suku kaum asli di Semenanjung Malaysia. Mereka menuturkan pelbagai jenis bahasa. Sementara di Sabah terdapat lebih daripada 50 jenis bahasa antaranya bahasa Kadazan, Dusun, Melayu Brunei dan Bajau. Di Sarawak pula terdapat lebih kurang 32 jenis bahasa seperti bahasa  Iban, Bidayuh, Melanau  dan Kenyah. Setiap kaum yang berlainan ini menggunakan bahasa masing-masing dalam aktiviti harian mereka kecuali apabila mereka  berhubung dengan  kaum-kaum lain maka bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi atau Bahasa Inggeris atau campuran kedua-duanya akan digunakan bersama-sama dengan dialek masing-masing. Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa di kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia. Di Malaysia dialek-dialek tempatan memainkan peranan yang penting dalam proses percampuran kod ini. Contoh yang jelas adalah perbezaan kosa kata yang digunakan antara bahasa melayu baku dengan dialek Terengganu: 



Bahasa melayu baku
Dialek terengganu
dalam
dalang
sampai
sapa
pisau
pisa
panas
panah
ikan
ikang

Kesimpulan pada saya adalah, percampuran kod bahasa ialah fenomena biasa bagi semua masyrakat di dunia. Penutur yang boleh berbahasa lebih daripada satu, tidak kira bahasa utama atau dialek-dialek daerah secara sedar atau tidak akan mencampurkan bahasa-bahasa yang diketahuinya mengikut situasi semasa. Oleh itu tidak mustahil pada masa akan datang setiap penutur dapat memahami bahasa penutur lain jika ia dicampuradukkan dengan bahasa standart di sesuatu tempat.



No comments:

Post a Comment