Semalam masa beratur hendak bayar makanan dekat kafe, adalah seorang pelajar ini memanggil atau menyapa sahabatnya. Jarak antara sahabat A dengan sahabat B inilah tidaklah jauh.
Sahabat 1: Hai, Dila (bukan nama sebenar)
Sahabat 2: Hoi
Adakah sahutan "hoi" itu melambangkan kata sahutan. Walaupun mereka saling mengenali dan berkemungkinan terlalu rapat, tidak wajarlah sekiranya menggunakan kata sahutan " hoi " tersebut. Hal ini demikian kerana bahasa "hoi" itu melambangkan sikap yang kasar dan tidak menghormati orang lain.Oleh itu sewajarnya sahabat yang menyahut sapaan itu menggunakan bahasa yang mudah sahaja. Misalnya "ya saya", "saya", atau melambaikan tangan tanda mendengar sapaan sahabatnya. Sebagai orang Melayu kita semestinya mempunyai nilai adat, budi bahasa dan budaya yang tinggi. Tidak kira di mana kita berada, tidak kira dalam lingkungan apakah kita berada, kita mestilah menjaga budi bahasa kita. < tepuk dada tanya iman >
No comments:
Post a Comment