Pagi-pagi apabila menaiki bas untuk pergi kelas mesti pemandu bas akan memasang radio bertujuan menghiburkan penumpangnya daripada berasa bosan dan jemu ketika berada dalam bas. Ketika itu siaran IKIM.fm yang menjengah ke telinga semua penumpang. Sewaktu itu seumpama motivasi pagi sedang ke udara. Walaupun disampaikan dalam bahasa Melayu tetapi ada juga bahasa Inggeris digunakan.
Situasi:
"Kita mestilah mencari jalan penyelesaian kepada masalah dan problem kita.."
KOMEN :
Itulah ayat yang sempat dikenalpasti.Masalah dan problem merujuk kepada benda yang sama. Oleh itu sebaiknya penceramah tersebut menggunakan kata masalah sahaja dan problem itu tidak diguna sama sekali. Penggunaan dua ayat itu sekaligus menyukarkan pendengar. Masyarakat kemungkinan keliru dengan dua frasa tersebut dan mencerminkan keburukan bahasa.
No comments:
Post a Comment