Program marathon pembudayaan puisi 1 malaysia adalah satu acara yang berlangsung dengan kerjasama Menteri kebudayaan dan keseniaan negara. Matlamat program ini adalah memartabatkan puisi dan bahasa melayu di persada dunia. program ini diadakan bertujuan mendedahkan masyarakat dengan kegiatan puisi dan bahasa melayu. Program ini telah diadakan pada 27- 31 oktober 2011. Program ini disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada UPSI,UNIMAP,USM dan ASWARA. Saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program seperti ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip melalui program seperti ini. Peluang untuk merakam gambar juga tidak saya sia-siakan.
Program seumpama ini bertujuan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.Hal ini membolehkan negara di luar Nusantara mengenali serta mempelajari bahasa Melayu yang sering digunakan oleh negara di Asia Tenggara. Pendedahan melalui program itu secara tidak langsung dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu berserta budaya yang penuh dengan kesopanan. Bagi memastikan matlamat itu dicapai, rakyat Malaysia sebagai penutur bahasa Melayu asli di rantau ini perlu bekerjasama dalam meningkatkan usaha memperkasakan penggunaan dan penguasaan bahasa ibunda terlebih dahulu.
Secara tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkat martabat bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagai bahasa ilmu. Diharapkan masyarakat Melayu di negara Malaysia juga mempunyai semangat untuk bercakap dalam bahasa Melayu dengan betul dan tidak segan-silu semasa mengujarnya.
No comments:
Post a Comment