Sunday, March 25, 2012

VERSI KELANTAN

Dialek Kelantan adalah salah satu daripada dialek-dialek yang terdapat dalam Bahasa Malaysia. Dialek tersebut dituturkan oleh penutur- penutur yang berasal dari dan menduduki negeri Kelantan. Saya adalah anak jati Besut, Terengganu. Besut merupakan sebuah daerah yang berhampiran dengan negeri kelantan. Kebanyakan masyarakat Besut bertutur menggunakan dialek kelantan dan hanya sedikit sahaja menggunakan dialek Terengganu. Dalam dialek Kelantan tidak terdapat perbezaan yang jelas dari segi percakapan. Jikalau wujud perbezaan itu, mungkin dalam cara-cara penyebutan bunyi-bunyi vokal iaitu perbezaan dari segi pembundaran penyebutan vokal antara penduduk desa dengan penduduk bandar. Di sini, saya akan berkongsi bersama sahabat semua tentang salah sebuah lagu rakyat kelantan beserta versi dialek kelantan.

ANAK ITIK TOK WI ( BAHASA STANDART)
Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Ubat apa tok wi
Ubat limau lelan
Sakit apa tok wi
Sakit sendi tulang

ANAK ITIK TOK WI ( DIALEK KELANTAN)
Anok tok wi
Mandi dale kole
Ubat apo tok wi
Ubat limau lelle
Sakit apo tok wi
Sakit sendi tule

ANAK ITIK TOK WI (TRANSKRIPSI FONETIK)
 [#Anoʔ  itεʔ toʔ wi#]
[#mandi dalε kolε#]
[#ubaʔ apo toʔ wi#]
[#ubaʔ lεmau lεlε#]
[#sakiʔ apo toʔ wi#]
[#sakiʔ sendi tulε#]

ANAK ITIK TOK WI ( TRANSKRIPSI FONEMIK)
/anok itik tok wi/
/mandi dalε kolε/
/ubaʔ apo toʔ wi/
/ubat lεmau lεlε/
/sakiʔ apo toʔ wi/
/sakiʔ sendi tulε/






PENJODOH BILANGAN


Pada suatu hari tu saya turun la berjalan-jalan kat bawah kolej sambil melihat jualan yang diadakan dekat Kolej Harun Aminurrashid. Sambil berjalan-jalan tu kawan saya yang sorang ni singgah la membeli keropok lekor dan tiba-tiba saya pun terpandang la satu papan tanda yang tertulis
                                KEROPOK LEKOR
5 BIJI SERINGGIT


Komen saya adalah, keropok lekor yang saya tahu orang panggil 5 batang atau 5 keping sudah menjadi 5 biji pulak. Tak pernah pulak saya dengar orang panggil 5 biji sebagai penjodoh bilangan untuk keropok lekor ni. Mungkin penjual itu  tidak tahu  penjodoh bilangan apa yang sesuai untuk digunakan bagi keropok lekor ataupun sengaja buat-buat tak tahu. Sebagai masyarakat, kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling. Hal ini mungkin memberi tanda tanya kepada masyarakat kan penjodoh sebenar keropok lekor ini.

"Peewit"

Selepas kelas di kampus, saya terus ke pekan Tanjong Malim. Suasana ketika itu agak sesak berbanding selalu. saya masuk ke sebuah kedai yang menjual cenderamata dan hadiah. Ketika sedang membelek sesuatu, saya  terdengar bunyi "peewit" yang dibuat oleh beberapa orang remaja lelaki yang sedang berada di dalam sebuah lori. Mereka memberhentikan lori di hadapan kedai tersebut dan cuba untuk menarik perhatian seorang remaja perempuan yang bekerja di kedai itu.  kata " peewit" sememangnya sudah sinonim dalam kalangan masyarakat remaja.  Remaja menggunakannya bertujuan untuk mendapat perhatian orang sekeliling. 


komen:
Pada pendapat saya, mereka tidak harus bersikap demikian. Kelakuan mereka dilihat kurang sopan oleh masyarakat sekeliling. Kelakuan mereka juga hampir mengundang kesesakan dan kemalangan jalan raya kerana tindakan mereka menghentikan kenderaan di jalan raya adalah salah. Mereka juga bertindak tanpa memikirkan keselamatan orang awam yang lain. Mereka seharusnya bersopan menyapa orang sekeliling dan tidak menggunakan bahasa " peewit".




Masalah dan problem

Pagi-pagi apabila menaiki bas untuk pergi kelas mesti pemandu bas akan memasang radio bertujuan menghiburkan penumpangnya daripada berasa bosan dan jemu ketika berada dalam bas. Ketika itu siaran IKIM.fm yang menjengah ke telinga semua penumpang. Sewaktu itu seumpama motivasi pagi sedang ke udara. Walaupun disampaikan dalam bahasa Melayu tetapi ada juga bahasa Inggeris digunakan.

Situasi:
"Kita mestilah mencari jalan penyelesaian kepada masalah dan problem kita.."

KOMEN :
Itulah ayat yang sempat dikenalpasti.Masalah dan problem merujuk kepada benda yang sama. Oleh itu sebaiknya penceramah tersebut menggunakan kata masalah sahaja dan problem itu tidak diguna sama sekali. Penggunaan dua ayat itu sekaligus menyukarkan pendengar. Masyarakat kemungkinan keliru dengan dua frasa tersebut dan mencerminkan keburukan bahasa.

Sunday, March 18, 2012

Pasar Malam


Hari sabtu sudah semestinya pasar malam di pekan Tg.Malim. Banyaklah bahasa-bahasa slanga yang diucapkan oleh peniaga-peniaga dan pembeli.

Situasi 1:
Pembeli: Cik, satu bape ringgit ni?
Penjual: Satu due ringgit je dik. Dik beli due cik kasi tige ringgit je.

Situasi 2:
Orang 1: Eh, sory-sory tak sengaje.
Orang 2: eh, takpe-takpe

Bagi situasi 1, bahasa-bahasa slanga ini sudah menjadi sebahagian daripada masyarkat kita. Ia tidak boleh di ubah kecuali diri sendiri yang mengubahnya. Manakala dalam situasi kedua pula kata ganda yang digunakan dalam masyarkat pada hari. Misalnya sory digandakan menjadi sory-sory dan tidak mengapa disingkatkan menjadi takpe lalu digandakan menjadi takpe-takpe.
komen;
Oleh itu sewajarnya bahasa Inggeris digandakan menjadi sory. Ia juga tidak sepatutnya diucapakn bersama-sama bahasa Melayu itu sendiri. Kita boleh menggunakan ayat:
"Eh, saya minta maaf. Saya tidak sengaja."..Masyarakat sekarang sepatutnya tidak bersikap dengan  berbahasa slanga sedemikian. Bahasa Melayu Baku harus dipraktikkan dalam keadaan dan tempat.

Bila Mengutuk


Setiap percakapan yang kita ungkapkan tidak semuanya menyenangkan hati orang. kadang-kala ungkapan itu membuatkan seseorang itu berkecil hati. Misalnya dalam bab mengutuk atau mengata seseorang. Semasa saya sedang leka membaca buku, saya terdengar perbualan antara dua sahabat. Perbualan ini berlaku di rumah saya di kolej.

Situasi:
Sahabat A: Nape umah kite ni selerak sangat ye? Tak de ore bertugas ke?
SahabaT B: Memang pun macam tu..semalam lagi teruk.

Komen: Perbuatan seperti situasi diatas tidak wajar berlaku. Jika mereka berdua ingin menegur, eloknya kiranya menegur terus kepada orang yang bertugas. Kita juga jangan sesekali mengata orang. kita lihat pada diri kita dahulu.adakah kita juga turut melakukan tugas tersebut sebaik sahaja tiba giliran kita.
 Paku dulang paku serpih
 Mengata orang dia yang lebih.

Jati Diri Saya

Saya berasal daripada Besut. Saya merupakan anak jati Terengganu. Walaupun saya belajar di Tanjong Malim, Perak, saya masih menggunakan dialek semasa bertutur dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun saya bertutur dalam dialek daerah saya, hal ini tidak bermakna saya tidak faham akan dialek negeri lain. Saya tetap berbangga menjadi anak jati Terengganu kerana dialeknya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun kadang-kala terdapat pihak yang mentertawakan dialek daerah saya kerana bagi mereka terdapat sesetengah perkataan dan bunyinya yang begitu lucu. Namun saya tidak mudah terasa hati kerana saya tahu dialek saya adalah yang terbaik. Negeri Terengganu  mempunyai lagunya yang tersendiri. Misalnya Lagu Negeri, ganu kite dan lain lagi.

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan  Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman
Komen:
Oleh itu sebagai masyarakat dalam sesuatu negeri, kita mestilah berbangga dengan dialek negeri kita sendiri. Walaupun kita berada di mana sahaja, jangan sesekali kita lupa akan jati diri kita sendiri. Ke mana kita pergi, ke tempat asal juga kita akan pulang.

MARATHON PEMBUDAYAAN PUISI 1 MALAYSIA


Program marathon pembudayaan puisi 1 malaysia adalah satu acara yang berlangsung dengan kerjasama Menteri kebudayaan dan keseniaan negara. Matlamat program ini adalah memartabatkan puisi dan bahasa melayu di persada dunia. program ini diadakan bertujuan mendedahkan masyarakat dengan kegiatan puisi dan bahasa melayu. Program ini telah diadakan pada 27- 31 oktober 2011. Program ini disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi daripada UPSI,UNIMAP,USM dan ASWARA. Saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program seperti ini. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip melalui program seperti ini. Peluang untuk merakam gambar juga tidak saya sia-siakan. 
Program seumpama ini bertujuan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.Hal ini membolehkan negara di luar Nusantara mengenali serta mempelajari bahasa Melayu yang sering digunakan oleh negara di Asia Tenggara. Pendedahan melalui program itu secara tidak langsung dapat menarik minat bangsa lain untuk lebih mendalami keunikan dan keindahan bahasa Melayu berserta budaya yang penuh dengan kesopanan. Bagi memastikan matlamat itu dicapai, rakyat Malaysia sebagai penutur bahasa Melayu asli di rantau ini perlu bekerjasama dalam meningkatkan usaha memperkasakan penggunaan dan penguasaan bahasa ibunda terlebih dahulu.
Secara tidak langsung, tindakan berani itu mampu mengangkat martabat bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa pengantara tetapi sebagai bahasa ilmu. Diharapkan masyarakat Melayu di negara Malaysia juga mempunyai semangat untuk bercakap dalam bahasa Melayu dengan betul dan tidak segan-silu semasa mengujarnya.



Kata Sahutan


Semalam masa beratur hendak bayar makanan dekat kafe, adalah seorang pelajar ini memanggil atau menyapa sahabatnya. Jarak antara sahabat A dengan sahabat B inilah tidaklah jauh.

        Sahabat 1: Hai, Dila (bukan nama sebenar)                                                                                        
        Sahabat 2: Hoi 


Adakah sahutan "hoi" itu melambangkan kata sahutan. Walaupun mereka saling mengenali dan berkemungkinan terlalu rapat, tidak wajarlah sekiranya menggunakan kata sahutan " hoi " tersebut. Hal ini demikian kerana bahasa "hoi" itu melambangkan sikap yang kasar dan tidak menghormati orang lain.Oleh itu sewajarnya sahabat yang menyahut sapaan itu menggunakan bahasa yang mudah sahaja. Misalnya "ya saya", "saya", atau melambaikan tangan tanda mendengar sapaan sahabatnya. Sebagai orang Melayu kita semestinya mempunyai nilai adat, budi bahasa dan budaya yang tinggi. Tidak kira di mana kita berada, tidak kira dalam lingkungan apakah kita berada, kita mestilah menjaga budi bahasa kita. < tepuk dada tanya iman >

Saturday, March 17, 2012

BAHASA SMS

Bahasa SMS adalah bahasa ringkas yang digunakan untuk menghantar mesej melalui telefon. SMS bermaksud (short message system). pengaruh bahasa SMS inilah menyebabkan bahasa Melayu menjadi cacat. Jika hal ini berlarutan sudah pasti generasi –generasi baru akan terpengaruh dengan bahasa ini dan tidak dapat membeza mana satu bahasa yang betul. Bahkan berkemungkinan bahasa SMS ini menjadi bahasa yang betul kepada mereka kelak.

komen saya adalah, masyarakat seharusnya peka dengan keadaan seperti ini. sekiranya pekara seperti ini diambil remeh, maka bahasa melayu akan terus diolah dan diubah sewenangnya oleh masyarakat. mereka tidak kan menghargai bahasa mereka sendiri. pada mereka, asalkan memudahkan urusan mereka, mereka memolak bahasa ke tepi. mereka boleh menggunakan bahasa SMS ini untuk hal tidak formal sahaja dan tidak menggunakan untuk hal formal.

KESALAHAN BAHASA


Kesalahan bahasa melayu semakin menjadi lewat masa ini. Kesalahan ini jelas ketara pada iklan-iklan tertentu. Mereka yang membuat iklan sewenangnya menggunakan bahasa walaupun mereka mengetahui akan kesalahan tersebut. Kebanyakkan mengunakan dialek daerah masing-masing walaupun jelas kesalahan bahasa baku yang amat ketara. Mereka tidak memikirkan masyarakat setempat yang tidak mungkin faham akan bahasa tersebut.saya menjumpai poster dan iklan seperti ini di sekitar kampus dan kolej :

komen saya adalah walaupun iklan tersebut merujuk kepada pelajar-pelajar dari negeri kelantan, namun iklan yang menggunakan bahasa sedemikian tidak seharusnya berlaku.mereka tidak sepatutnya menggunakan daialek bahasa mereka untuk menulis iklan atau poster. Mereka seharusnya menggunakan bahasa melayu baku sebagai medium penyampaian maklumat mereka. Hal ini demikian kerana, situasi pelajar yang berada dalam golongan ini adaalah terdiri dari mahasiswa yang berasal dari segenap negeri dan terdapat juga mahasiswa antarabangsa. Mahasiswa yang bukan berasal dari kelantan tidak akan memahami maklumat yang ingin iklan ini paparkan.

Friday, March 16, 2012

TAGLINE

Tagline cukup sinonim dalam kalangan remaja sekarang. mereka mempunyai tagline atau turut dikenali sebagai trademark masing-masing. tidak kurang juga dalam kalangan kanak-kanak. mereka menggunakan tagline diri mereka untuk menonjolkan diri. dalam bahasa melayu, tagline adalah slogan atau moto diri. slogan ini memberi gambaran menyeluruh kepada diri individu dan hanya dalam beberapa perkataan sahaja. Minggu lepas, saya telah menonton cerita ' adnan sempit 2'. saya tergelak habis dengan lawak yang terdapat dalam cerita tersebut. cerita ini memang kelakar habis. terdapat beberapa tagline yang digunakan pelakon dalam cerita ini
1) biasa bro
2) haruslah

Jadi, pendapat saya berkaitan slogan individu adalah hak masing-masing. suasana akan menjadi ceria dengan telatah slogan masing-masing yang berbeza. slogan ini adalah bersesuaian dengan situasi sekarang dimana para masyarakat sekarang yang semakin terikut-ikut dengan dialog dari filem. < tepuk dada tanya iman..hehehe>


Sunday, March 11, 2012

BAHASA MENJUNJUNG BANGSA

Mari bangsaku mari saudara
Kita gunakan bahasa bonda
Sebagai lidah penggugah rasa
Cinta bahasa cinta budaya

Demi cinta kepada budaya
kita penatar bahasa bonda
bahasa maju budaya jaya
maruah bangsa terpelihara
(korus)

Cintailah bahasa ibunda
Cintailah budaya pusaka
bahasa yang menjunjung budaya
budaya nilai maruah bangsa
(ulangi korus sekali lagi)


Saya rasa terpanggil untuk mendegar lagu ini. lagu nyanyian IMRAN AJMAIN ini memang enak didengar halwa telinga kita semua. saya berpendapat yang lagu seperti ini amat sesuai didengari oleh semua, kerana lirik lagu ini mengandungi maksud yang mendalam dan wajar kita sebagai bangsa melayu mengambil iktibar dari lirik lagu ini. WE LOVE MALAYSIA. 



Cintailah bahasa ibunda
cintailah budaya pusaka
bahasa yang menjunjung budaya
budaya nilai maruah bangsa.
< jom nyanyi sama-sama..>






PENCAMPURAN KOD

Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana di sini terdapat pelbagai  etnik  seperti  Melayu, Cina, dan India dan beberapa kumpulan minoriti misalnya suku-suku kaum asli di Semenanjung Malaysia. Mereka menuturkan pelbagai jenis bahasa. Sementara di Sabah terdapat lebih daripada 50 jenis bahasa antaranya bahasa Kadazan, Dusun, Melayu Brunei dan Bajau. Di Sarawak pula terdapat lebih kurang 32 jenis bahasa seperti bahasa  Iban, Bidayuh, Melanau  dan Kenyah. Setiap kaum yang berlainan ini menggunakan bahasa masing-masing dalam aktiviti harian mereka kecuali apabila mereka  berhubung dengan  kaum-kaum lain maka bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi atau Bahasa Inggeris atau campuran kedua-duanya akan digunakan bersama-sama dengan dialek masing-masing. Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa di kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia. Di Malaysia dialek-dialek tempatan memainkan peranan yang penting dalam proses percampuran kod ini. Contoh yang jelas adalah perbezaan kosa kata yang digunakan antara bahasa melayu baku dengan dialek Terengganu: 



Bahasa melayu baku
Dialek terengganu
dalam
dalang
sampai
sapa
pisau
pisa
panas
panah
ikan
ikang

Kesimpulan pada saya adalah, percampuran kod bahasa ialah fenomena biasa bagi semua masyrakat di dunia. Penutur yang boleh berbahasa lebih daripada satu, tidak kira bahasa utama atau dialek-dialek daerah secara sedar atau tidak akan mencampurkan bahasa-bahasa yang diketahuinya mengikut situasi semasa. Oleh itu tidak mustahil pada masa akan datang setiap penutur dapat memahami bahasa penutur lain jika ia dicampuradukkan dengan bahasa standart di sesuatu tempat.



KENANGAN DULU-DULU


Zaman sekolah menengah terlakar kembali dalam ingatan. Cikgu pernah memberi kami peluang untuk menguruskan sebuah program. Program itu adalah ‘ Majlis hari anugerah kecemerlangan akademik sekolah’. Pada mulanya, kami teragak-agak untuk menerima tugas dan tangungjawab ini. Cikgu menasihati kami menerima tangungjawab ini sebagai satu cabaran yang positif. Cikgu mahu kami belajar sesuatu daripada program ini. Beberapa pekara dijalankan sebelum program bermula. Saya telah dilantik sebagai pengerusi majlis untuk program tersebut. Cikgu banyak memberi tunjuk ajar kepada saya berkenaan teks ucapan majlis program ini. Jadi untuk entri kali ini adalah berkisar pada memori zaman sekolah dahulu dan  perkongsian teks yang saya hasilkan. Sedikit petikan teks tersebut, saya paparkan untuk sahabat blogger saya. Hehehe

Mengumumkan ketibaan pegawai pendidikan daerah Kuala Terengganu, Puan Hafisah binti Aziz, guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung (SMKBP), Puan Hajah zainab binti  Abdullah, dan pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Encik Zulkifli bin Salleh. Semua hadirin dijemput berdiri.
Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Terengganu, dan lagu sekolah diiringi dengan muzik.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
            Assalamualiakumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Puan Hafisah binti Aziz, Yang berusaha guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung,Puan Hajah Zainab binti Abdullah ,Yang Dihormati guru penolong kanan, Puan Hanani binti Ali, guru penolong kanan ko-kurikulum, Encik Yusoff bin Haji Kamal, pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Encik Zulkifli bin Salleh,guru-guru, para ibu bapa, dan murid-murid sekalian.


Entri saya diatas, menyimpulkan bahawa terdapat rumus perurutan dalam sebuah teks ucapan majlis. Dalam rumus perurutan, terdapat susunan kata-kata sapaan yang dimulai dengan rujukan kehormat kepada gelaran yang disandang dan selepas itu nama peribadi yang disapa. Sekiranya terdapat lebih daripada satu gelaran, maka perlu diikuti kaedah biasa yang digunakan. Antara rumus perurutan yang terlibat dalam teks ucapan diatas ialah,;

PIHAK TERLIBAT
KATA SAPAAN
Pengerusi / pengacara majlis
Yang Dihormati / yang Mulia
Tuan Pengarah/Ketua Jabatan/ Guru Besar
Yang Berusaha
GolonganKehormat
Yang Berbahagia
Guru-guru / ibu bapa
Yang Dihormati
Rakan-rakan
Yang Dikasihi



LANGGAR


Sikap cinta bahasa memerlukan kita menjaga kedudukan bahasa itu sebagai lambang perpaduan kita dalam erti kata ‘ kepunyaan kita bersama’. Dalam konteks masyarakat sekarang, mereka lebih suka mencampuradukkan bahasa mengikut keseronokan mereka sendiri. Pada mereka, nilai mencintai bahasa tidak lagi diendahkan. Mereka tidak mengikut nahu bahasa dan peraturan bahasa yang dipersetujui oleh masyarakat atau dalam erti kata lain ‘ tidak menggunakan bahasa yang baik. Saya melihat sendiri budaya masyarakat yang tidak menghormati bahasa. Kejadian ini berlaku ketika saya di sebuah pasaraya. Kejadian ini berlaku disebabkan mereka bertembung ketika sedang mengambil barang. Antara bahasa yang digunakan si A dan si B dalam situasi itu adalah;



A : Lu pehal brader, langgar-langgar gua? Ada je yang pecah kepala nanti. Haisyh..
B : Amboi, cantiknya bahasa !
A : Wei, memang la cantik…lu yang langgar gua.
B : Ini ke bahasa lu.  Lu yang langgar gua dulu tau.
A : Bukan lu yang langgar gua dulu tadi ke? Gua punya besar pun, tak kan lu tak nampak brader? 
B : Wa tak heran la dengan badan lu yang besar tu. 
A : Janganlah lu kutuk-kutuk gua. Lu apehal?
B : wei, lu ada masalah la. Haisyh.. (menunjukkan tanda tidak berpuas hati )

Pada pendapat saya, situasi tersebut hendaklah diatasi dengan kesabaran dan mengunakan bahasa  kata sapaan yang baik-baik. Namun, disebabkan masing-masing tidak beradab dan tidak cinta akan bahasa mereka, mereka lebih senang berbahasa sedemikian. Terdetik di hati saya untuk menegur cara mereka berbahasa. Namun niat itu terkubur dihati saja disebabkan mereka yang terus berlalu dan saya hanya mampu mengeleng kepala..