Secara tidak sedar kita akan menggunakan bahasa Melayu bergandingan dengan bahasa Inggeris. Itu seakan menjadi kebiasaannya dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari ini. Mereka seumpama tidak kisah dengan penggunaan bahasa yang sedemikian rupa. Semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas, saya sempat menyaksikan beberapa sekumpulan pelajar sedang bergambar. Terdapat penggunaan bahasa yang menjadi perhatian saya.
Situasi:
Peace semua
komen : Peace merujuk kepada bahasa Inggeris yang bermaksud aman. Penggunaan peace semua telah mengabungkan bahasa Inggerispeace dan bahasa Melayu semua. Dalam hal ini menunjukkan bahawa kita tidak berapa mengambil kisah setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita. Kita juga tidak mengambil peduli perkataan tersebut asalkan sedap didengar. Jika diteliti maksudnya, peace semua ialah aman semua. Oleh itu gabungan dua perkataan ini tidak memberi makna yang khusus. Oleh itu sebelum berkata-kata kita mestilah memikirkan makna perkataan tersebut.
No comments:
Post a Comment