Friday, April 27, 2012

ADAB MAKAN


Dalam masyarakat Melayu amat menitik beratkan adab semasa makan. Adab semasa makan akan memperlihatkan personaliti seseorang. Dalam masyarakat Melayu, berbual semasa makan sangat dilarang salam sekali. Namun pada hari ini amalan adab makan hanya terpandang sepi begitu sahaja. Semasa makan di sebuah gerai saya sempat menyaksikan sekumpulan yang sedang makan. 
Keadaan menjadi hingar-bingar dengan gelagat mereka yang membuat bising. Tingkah laku mereka menganggu ketenteraman pelangan-pelangan yang ada dalam gerai tersebut. Mereka berbual-bual dengan kuat sekali tanpa menghiraukan orang lain. Kadang-kala tercetus tawa mereka mengemakan gerai tersebut. Walaupun dalam gerai tersebut turut ada warga-warga emas, kanak-kanak dan bayi yang sedang makan,mereka masih tidak mempedulikan.

Komen :
Adab melambangkan adat. Adat melambangkan bangsa. Bangsa melambangkan negara. Sebagai masyarakat yang mempunyai adab dan adat, kita mestilah mematuhi dan mengikutinya. Keadaan seumpama ini memperlihatkan masyarakat kita yang miskin dengan adab dan adat dalam diri mereka. Jika mereka masih berkelakuan seumapama ini menyebabkan mereka tidak akan dihormati orang lain. Jika ada warga asing di gerai tersebut, sudah pasti mereka beranggapan beginilah adab masyarakat orang Melayu. Mereka akan memberitahu kepada warganya sekembalinya mereka kelak. Sudah pasti Malaysia akan tercemar dengan adab-adab yang tidak elok dan manis jika dipandang orang. Oleh itu sebagai masyarakat kitalah yang seharusnya menjaga adad, adab, budaya dan nama negara kita agar terus dipandang tinggi oleh semua manusia.

No comments:

Post a Comment