Friday, April 27, 2012

Terima kasih


Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulut orang Malaysia jika orang tersebut mengamalkan budaya yang terdapat di Negara ini. Hal ini berlaku kepada diri saya sendiri. Sebaik sahaja lif terbuka lalu saya segera masuk di dalamnya. Saya terpadang seseorang yang sedang menuju kea rah lif yang sama. Memandangkan hanya saya seorang sahaja dalam lif tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunggu dia. Sebaik sahaja dia memasuki lif, ucapan terima kasih terus keluar dari mulutnya. Hati saya berasa sejuk mendengar ucapan tersebut.

Situasi:
Terima kasih ye..
sama-sama

Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih, tetapi ia cukup bermakna. Itulah tanda hormat kita sesama manusia.Tinggi bangsa kerana budaya.

Latihan dan Excersice


Sebagai seorang guru bahasa Melayu, kita mestilah menjaga bahasa kita semasa bercakap dengan pelajar kita. Hal ini terjadi kepada salah seorang daripada sahabat saya yang sedang melakukan pengajaran mikro.

Situasi:
Guru: ok baiklah pelajar, mari kita buat latihan excersice ini sama-sama.

Komen:
Ayat seumpama di atas tidak wajar dilakukan oleh guru bahasa Melayu. Ok, baiklah sememangnya merujuk kepada makna yang sama. oleh itu salah satu daripada perkataan itu terpaksa digugurkan. kata baiklah sewajarnya digunakan pada pangkal ayat kerana baiklah merujuk kepada bahasa Melayu, manakalaok merujuk kepada bahasa Inggeris.

Begitu juga dengan latihan dan excersice. kedua-dua maksud perkataan itu adalah sama,cuma daripada bahasa yang berlainan. Sebagai guru bahasa Melayu kita tidak boleh mengabungkan dua ayat yang sewenang-wenangnya. oleh itu kata excersice tidak hadir kerana telah ada kata latihan.


Pelajar yang berbahasa Melayu dengan baik
Berasal daripada guru bahasa yang baik

Papan tanda


Apabila kita keluar berjalan-jalan bersama keluarga, rakan-rakan ataupun bersendirian, kita pasti akan melihat papan-papan tada yang terdapat di sepanjang jalan atau yang berada di sesuatu kawasan. Hal ini demikian kerana, ia memudahkan kita mengetahui sesuatu benda yang berada di kawasan tersebut ataupun arah yang bakal kita tuju. Semasa saya dan rakan melalui satu kawasan perkilangan di satu tempat di daerah Kota Setar, saya sempat memerhati salah satu papan tanda yang terdapat berhampiran kawasan tersebut.  Papan tersebut seperti di bawah.





KOMEN : Papan tanda ini mempunyai kesalah bahasa yang amat jelas. Di-larang meletak baisikel-baisikel di-hadapan gudang ini.Ayat di atas jelas menunjukkan kesalahannya dari segi tatabahasa. Di- larang sememangnya dieja berpisah dan tidak perlu dieja secara terpisah. Baisikel-baisikel pula merupakan ejaan yang ditulis berdasarkan percakapan semasa seseorang itu bertutur. Oleh itu perkataan yang sebenarnya ialah basikal. Kata baisikel ini juga tidak perlu digandakan lagi. Apabila basikal itu berada di dalam ayat, sudah pasti ia menunjukkan benda yang banyak. Begitu juga dengan di-hadapan perlu dieja secara terpisah, iaitu di hadapan. Oleh itu ayat yang sebetulnya ialah di larang meletakan basikal di hadapan gudang ini. Hal ini mestilah mengikut rumus tatabahasa yang telah ditetapkan dalam bahasa Melayu.

KATA PEMERI


Dalam percakapan seharian kita, kadang-kala kita tidak menggunakan bahasa dengan betul. Kita sememangnya menggunakan bahasa yang dirasakan lebih difahami. Dalam penggunaan kata pemeri, kita juga seringkali salah menggunakannya. Kata pemeri terbahagi kepada ialah dan adalah. Menurut Nik Safiah Karim, kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama.

contohnya:

Bahasa ialah pertuturan yang digunakan oleh masyarakat untuk berinteraksi.

Pertandingan itu adalah sengit.

Komen:
Menurut Abdullah Hassan, kata pemeri ialah digunakan untuk menyatakan definisi. Manakala kata pemeri adalah digunakan untuk menyatakan atau memerihalkan sesuatu. Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama. Kata pemeri adalah pula boleh hadir di hadapan kata adjektif, kata kerja, dan kata tanya. Oleh itu sebagai penutur bahasa Melayu kita mestilah menggunakan bahasa dengan betul dan baik. Jika kita tidak pasti akan hal tersebut, rujuklah Tatabahasa Dewan.

HILANGNYA BUDI BAHASA



Pagi ini saya dan rakan-rakan telah pergi ke Kampus untuk menjalankan beberapa urusan. Sebaik sahaja selesai semua urusan kami, kami bergegas untuk pulang ke kolej. Apabila tiba di perhentian bas, kami ingin menaiki bas tersebut. Malangnya kami tidak dibenarkan menaiki bas tersebut. Begitu juga dengan beberapa pelajar yang lain. Ke manakah hilangnya budi bahasa orang Melayu. Kami juga turut dimarahi oleh pemandu
bas tersebut.
Situasi:

Pelajar: Pak cik tunggu.
Pemandu bas: Naik bas belakang (Sambil menutup pintu bas)
Pelajar: Tapi tak penuh lagi pun.
Pemandu bas: Tak reti bahasa ke?

Komen: 
Tindakan pemandu bas tersebut sangat tidak wajar. Bas itu masih terdapat ruang-ruang kosong dan masih boleh di isi dengan beberapa orang pelajar. Tetapi pemandu bas itu tidak mengendahkan kehendak pelajar malah turut memarahi pelajar.Sepatutnya, pemandu bas tersebut menunggu sehingga bas itu penuh dan tidak boleh di isi dengan penumpang lagi. Seandainya pelajar tersebut mempunyai hal kecemasan di kolej, sudah pasti menjadi masalah kepada pelajat tersebut untuk menunggu bas seterusnya dan pulang ke kolej. Pemandu bas perlu tahu akan kehendak pelajar yang sering berkejar masa dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu juga pemandu bas mestilah mempunyai budi bahasa yang baik semasa berinteraksi dengan penumpangnya.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI


Dalam pergaulan sehari-hari kita menuntut kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun begitu dalam pengucapan kita, kita mestilah menjaga adan dan tingkah laku kita semasa mengujarkan sesuatu perkara. Kebanyakkan daripada kita pada hari ini tidak menggunakan kemahiran komunikasi dengan baik sesama kita terutamanya dalam kalangan sahabat. Mengapa hal seupama ini berlaku. Adakah kerana komunikasi itu berlaku dalam kalangan sahabat kita menyebabkan kita mengambil sambil lewa sahaja. Namun begitu tidak elok kiranya kita berbahasa kasar dengan sesiapa sahaja meskipun dengan rakan kita. Dalam konteks ini saya ingin mengetengahkan masalah di mana seseorang yang suka memperlekehkan pendapat atau ujaran orang lain.

Situasi:
A
Sahabat A: Eee… cantiknya kereta Saga baru tu.
Sahabat B: Cantik pun buat apa. Macam tin kosong. Biasalah kereta Malaysia bukannya tahan pun. Cepat rosak pula tu.

B
Sahabat A: Murahnya laptop ni. Kenapa dulu mahal ek?
Sahabat B: Buat apalah murah pun, bukannya tahan pun. Jenama dia bukannya elok pun. Ada je masalah.

C
Sahabat A: Apasal gambar henset aku tak blur je?
Sahabat B: Dah henset murah macam tu la. Ada duit habis kot lain.

Komen
Itulah kata-kata yang membawa masalah dalam sesetengah komunikasi yang berlaku. Tindakan sahabat B itu tidak wajar berlaku. Kata-kata yang dikeluarkan olehnya sangat melampui batas dalam komunikasi. Tindakannya menyebabkan sahabat A akan berasa hati, kecewa, sedih, marah dan berkemungkinan tidak akan berbual dengan sahabat A lagi. Dalam situasi A, walaupun kata-kata hanya biasa kedengarannya tetapi jika eloknya jika sahabat B itu berkata “cantik memang cantik tetapi kena lihat kualitinya juga”. Kata-kata itu lembut didengarnya. Manakala dalam situasi B pula, sahabat B turut menyangkal pendapat sahabat A. Dalam situasi C membuatkah sahabat A akan berasa hati. Kata-kata yang diucapkan memang tidak berlapik dan terlalu pedas. Seolah-olah telefon bimbitnya mahal daripada rakan-rakan. Sahabat B tidak boleh berkata begitu kerana menjatuh maruah seseorang. Oleh itu sebagai manusia, kita mestilah menjaga percakapan kita agar kita tidak dibenci orang dan terus disukai oleh orang lain.

Muat turun atau download??


Dalam percakapan seharian kita, kita masih menggunakan percampuran bahasa. Sudah pasti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeri. Mengapa hal ini masih berlaku. Adakah pegangan kita terhadap bahasa Melayu masih belum kuat. Semasa mendengar siaran radio saya sempat menangkap pengucapan yang mencampuradukan bahasa.

Situasi:
"Kamu semua boleh muat turun dan download pada……."

Komen: 
Itulah ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut. Sebagai media yang menjadi alat komunikasi dalam membantu memantapkan bahasa Melayu, seharusnya penyampai radio tersebut menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Jika media seupama ini tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik, bagaimana untuk menjadi contoh kepada orang lain. Oleh itu sebagai media penyampai maklumat, mestilah menyampaikan dalam bahasa yang betul dan memudahkan para pendengar memahaminya

ADAB MAKAN


Dalam masyarakat Melayu amat menitik beratkan adab semasa makan. Adab semasa makan akan memperlihatkan personaliti seseorang. Dalam masyarakat Melayu, berbual semasa makan sangat dilarang salam sekali. Namun pada hari ini amalan adab makan hanya terpandang sepi begitu sahaja. Semasa makan di sebuah gerai saya sempat menyaksikan sekumpulan yang sedang makan. 
Keadaan menjadi hingar-bingar dengan gelagat mereka yang membuat bising. Tingkah laku mereka menganggu ketenteraman pelangan-pelangan yang ada dalam gerai tersebut. Mereka berbual-bual dengan kuat sekali tanpa menghiraukan orang lain. Kadang-kala tercetus tawa mereka mengemakan gerai tersebut. Walaupun dalam gerai tersebut turut ada warga-warga emas, kanak-kanak dan bayi yang sedang makan,mereka masih tidak mempedulikan.

Komen :
Adab melambangkan adat. Adat melambangkan bangsa. Bangsa melambangkan negara. Sebagai masyarakat yang mempunyai adab dan adat, kita mestilah mematuhi dan mengikutinya. Keadaan seumpama ini memperlihatkan masyarakat kita yang miskin dengan adab dan adat dalam diri mereka. Jika mereka masih berkelakuan seumapama ini menyebabkan mereka tidak akan dihormati orang lain. Jika ada warga asing di gerai tersebut, sudah pasti mereka beranggapan beginilah adab masyarakat orang Melayu. Mereka akan memberitahu kepada warganya sekembalinya mereka kelak. Sudah pasti Malaysia akan tercemar dengan adab-adab yang tidak elok dan manis jika dipandang orang. Oleh itu sebagai masyarakat kitalah yang seharusnya menjaga adad, adab, budaya dan nama negara kita agar terus dipandang tinggi oleh semua manusia.

Marah dengan amarah


Apabila bercakap mengenai perasaan marah, ramai dalam kalangan kita tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Apa yang dirasakan dalam hati itulah yang diluahkan. Sudah pasti kata-kata yang keluar daripada mulut tersebut kata-kata yang kesat, kasar dan tidak enak didengar. Namun begitu itulah hakikatnya sebagai manusia.

Situasi:
"Aku bengang betul la dengan orang tua tu. Dia tak fikir ke kita susah-susah buat laporan ni, dia senang-senang je nak reject. Sudahlah banyak songeh. Nak yang itu nak yang ini. Ingat kita ni apa..."

Begitulah percakapan yang lahir daripada seseorang yang sedang melepaskan kemarahannya. Walau bagaimanapun, sedalam mana kita berasa marah sebaiknya kita mestilah menjaga bahasa yang digunakan. Kadang-kala orang mendengar kemarahan kita akan berasa bosan dengan kita. 
komen : Sebaiknya kita menggunakan bahasa yang tidak menyentuh hati mana-mana orang yang mendengar tentang kemarahan kita.

BANGGA


Hari ini ada seorang pensyarah berbangsa asing tersilap masuk ke kelas. Walaupun ada yg mentertawakan kekhilafan pensyarah tersebut, namun terselit rasa bangga saya terhadap pensyarah tersebut. Biarpun pensyarah tersebut berbangsa asing, beliau masih menuturkan dalam bahasa Melayu.

"Saya minta maaf. Saya silap".

komen : Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pensyarah tersebut. Kebiasaannya setiap kali kita melakukan kesalahan, perkataan im sory yang akan keluar daru mulut kita. Itulah usaha yang ditunjukkan oleh beliau dalam mempelajari bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris VS bahasa Melayu


Secara tidak sedar kita akan menggunakan bahasa Melayu bergandingan dengan bahasa Inggeris. Itu seakan menjadi kebiasaannya dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari  ini. Mereka seumpama tidak kisah dengan penggunaan bahasa yang sedemikian rupa. Semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas, saya sempat menyaksikan beberapa sekumpulan pelajar sedang bergambar. Terdapat penggunaan bahasa yang menjadi perhatian saya.

Situasi:
Peace semua

komen : Peace merujuk kepada bahasa Inggeris yang bermaksud aman. Penggunaan peace semua telah mengabungkan bahasa Inggerispeace dan bahasa Melayu semua. Dalam hal ini menunjukkan bahawa kita tidak berapa mengambil kisah setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita. Kita juga tidak mengambil peduli perkataan tersebut asalkan sedap didengar. Jika diteliti maksudnya, peace semua ialah aman semua. Oleh itu gabungan dua perkataan ini tidak memberi makna yang khusus. Oleh itu sebelum berkata-kata kita mestilah memikirkan makna perkataan tersebut.

KATA PENEGAS


Dalam bahasa Melayu, kita mempunyai kata penegas yang tersendiri. Misalnya partikel -lah. Penggunaan kata penegas ini adalah betul dalam ayat bahasa Melayu. Namun pada hari ini, kata penegas dalam bahasa Melayu telah berubah. Penguna bahasa Melayu dengan sewenang-wenangnya menggunakan kata penegas yang dirasakannnya sedap didengar. Kata penegas baharu adalah "gila".

situasi: 

"Pandai gila budak tu"

"Wei lapaq gila ni"

"Laju gila dia bawak keta"

"Jauh gila dia tendang bola tu"

Komen:
Penggunaan kata penegas "gila" ini semakin tersebar luas dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Apa-apa sahaja yang diujarnya pasti akan menggunakan kata penegas "gila". Walaupun kata penegas ini salah daripada hukum bahasa Melayu, tetapi di situ perkataan gila nampak penegasannya. tidak mustahil pada masa akan datang kata gila akan menjadi kata penegas yang baharu dalam penggunaan bahasa Melayu.

PENGALAMAN


Minggu ni saya mengajar kelas 4 E-mail sebagai tugasan latihan makro. Mereka ni degil sangt..tak nak dgr cakap..saya pun suruh berada dalam kumpulan. Alhamdulillah pada mulanya semuannya berjalan dengan lancar. semaasa nak buat pembentangan kumpulan...tiba-tiba sorang budak ni buat hal. Koyakkan kertas dan siap tumbuk sorang budak lain.. Aku suruh berhenti, alih-alih aku pula yang kena sound dengan dia..siap ugut lagi tu...

    "Cikgu jangan masuk campur..kalau tak dengan cikgu pun kena"

tergaman saya dengar budak itu cakap begitu. tak ada rasa hormat langsung dengan cikgu..tapi apa pun tak ada apa yang berlaku. nasib baik budak yang kena  tumbuk tu tak melawan dan tak ada cedera parah..semoga tuhan beri saya kekuatan dan ketabahan untuk pengajaran lain..

Kau orang=korang


Kelas Pengajaran dan penaksiran Bahasa Melayu hari ini berjalan dengan lancar. Pembentangan dilakukan seorang demi seorang. Walaupun kelas agak padat dengan pelajarnya, namun pelajar masih mampu menumpukan perhatian kepada pembentangan yang dilakukan.

Apabila bercakap mengenai pembentangan, bahasa yang digunakan mestilah bahasa Melayu baku. Sesekali pelajar mungkin tersasul dengan ujaran yang disampaikan. Jika selebihnya tetap sama maka ujaran itu sebetulnya ujaran yang hendak dikatakan oleh pelajar tersebut.

Situasi:
Korang boleh lihat dalam buku pada halaman 23.

komen: Sewajarnya korang digantikan dengan kata kamu. Contohnya,kamu semua boleh lihat dalam buku halaman 23. Walaupun pelajar tersebut menggunakan ayat yang betul, tetapi disebabkan penggunaan kata ganti nama korang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa pada ayat tersebut.Sebagai pelajar bahasa Melayu kita mestilah menjaga bahasa percakapan kita supaya kita dapat menjadi contoh teladan kepada orang lain.

Sunday, April 22, 2012

Budaya Terima Kasih

Saya  bertuah tinggal di Malaysia. Hal ini demikian kerana rakyatnya yang berbudi bahasa, sopan santun dan lemah- lembut antara satu sama lain. hal ini juga tidak ketinggalan bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak itu sendiri. Budaya yang diamalkan olehs pelajar UPSI ialah budaya berterima kasih. setiap pergi ke kelas atau pulang dari kelas, sewaktu menuruni daripada bas,kebanyakan pelahar UPSI akan berterima kasih kepada pemandu basa tersebut.

Situasi:
Terima kasih Pak cik
Terima kasih
Thanks you

komen: diharapkan budaya sebegini akan berlarutan selamanya tidak kira di mana kita berada. walaupun dengan ucapan terima kasih, sudah membuatkan pemandu bas itu berasa dihargai. tidak perlu memberi hadiah atau sebaliknya. Budaya menjunjung bangsa,

Ada Apa dengan Meminta Maaf


Menunggu lif blok3 KHAR sememangnya memerlukan sedikit kesabaran berbanding menunggu lif blok 1 KHAR. Maklumlah bak kata pepatah " biar lambat asal selamat". Jam hampir menunjukan pukul 12 tengahari. Sudah tiba waktu makan. Semua penghuni berpusu-pusulah hendak keluar mencari makanan. Perut dah berbunyi minta di isi. Dari aras 5 berhenti di aras 3 dan seterusnya ke aras bawah. Dalam lif keadaan sudahlah sesak. Pintu lif lambat pula nak buka. macam-macamlah rungutan yang keluar.
"Isyh apasalah benggong sangat lif ni?"
"Lambat lebih pada kura-kura. Baik kura-kura pun laju."
    Pintu lif akhirnya terbuka. Mak oi penghuni yang menunggu pun ramailah juga. Berpusu-pusulah orang dalam lif hendak keluar dan berpusu-pusulah orang diluar hendak masuk. Oleh itu berlakulah tolak menolak. Semasa keadaan tolak menolak ini, Sudahlah dia geram dengan lif yang lambat sekarang terjatuh pula.
" Wei, buta ke? dah tahu ramai orang nak keluar kasi la laluan. yang korang pun sibuk-sibuk sangat apasal."
   Ha dah kena sebiji.
"sorylah ye." jawab salah seorang dengan nada yang sinis.

komen : Walaupun kita mengalami sedikit kesukaran, kesusahan kita janganlah cepat melatah. Sebaiknya sebagai seorang bakal pendidik, kita mestilah tanam sikap positif dalam semua keadaan yang kita lalui. Tidak sepatutnya kita menyalahkan orang lain.Amalkan sikap bersabar dalam semua perkara. Apa yang kita ucapkannya juga mestilah ikhlas tidak kira dengan siapa kita berucap.

Sampah

Hari ini ramai di antara kita tidak mengendahkan persekitaran di sekeliling terutamnya berkaitan dengan sampah. Sebagaimana yang kita semua ketahui pembuangan sampah di merata-rata tempat boleh mencacatkan pemandangan sekeliling kita. Pembuangan sampah di merata-rata tempat ini sering berlaku di kawasan kolej kediaman dan dalam bilik-bilik kuliah.

Situasi:
Sahabat 1: Eh, awat hang buang sampah dekat sini. Awat tak buang dalam bakui kat belakang ja?
Sahabat 2: Awatnya biaq pi la..Kitakan ada makcik cleaner. Satgi depa buang la. Takkan nak makan gaji buta  ja kot.

komen : Sebagai bakal pendidik kita mestilah menjaga tingkah-laku kita dan percakapan kita. Jika kita tidak menunjukan rasa tanggungjawab kita terhadap alam sekitar, bagaimana anak-anak didik kita akan menuruti langkah kita.

Hidup berjiran


Sudah pukul 12 tengah malam. Tak penatkah dari pagi sampai malam asyik bersembang. Sudahlah bersembang dengar satu blok. Hai, sudahlah kuat. Sembang sikit ketawa, sembang sikit menjerit. Apa kenalah dengan mereka-mereka ini. Kalau nak sembang-sembang pun, tengoklah rumah jiran sama, Agak-agak suara dengar dalam bilik sudahlah. Ini tidak satu bangunan boleh dengar. Hormatlah sama jiran-jiran sebelah. Entah ada yang sedang belajar ke,solat ke, nak rehat ke penat baru habis kelas. Hormatlah mereka. Mana budi bahasa kita sebagai rakyat Malaysia. Adalah satu dua dialog yang sempat aku dengar,
" Eh, ko tau tak, meluat aku tengok si minah tu. Ingat die sorang je ade beg baru. Nak menunjuk kononnye",
"Minah mane pula ni?"
"Sape lagi kalau bukan si Siti tu. Isyh menyampah betul la aku dengan die. Sikit-sikit nak menunjuk",

 Itulah antara dialog yang semapat aku dengar. Bukanlah aku sengaja membuka telinga lebar-lebar, tetapi perbualan mereka itu terlalu kuat dan jelas sehinggakan sesiapa sahaja boleh mendengar percakapan mereka. komen : Oleh itu diharapkan walau di mana kita berada, ingatlah berbudi bahasalah dengan jiran-jiran sesekeliling kita. Janganlah kita membuat hal sendiri sehingga tidak mengambil peduli akan hal orang lain